Parosi BlackPink Indonesia

blackpink,blackpink kill this love,parodi kill this love,kill this love indonesia,berita viral

[V >May 9th, 2019 | by faris

‘Demam’ dicetuskan kumpulan K-pop BlackPink yang tampil dengan lagu mereka Kill This Love nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda akan ‘kebah’ dalam masa terdekat.

Bersempena Ramadan, drama bersiri dari seberang, De’Kolonial membuat parodi lagu popular terbabit dengan mesej mengajak umat Islam bertarawih untuk menyambut bulan mulia itu.

Blackpink ajak tarawih

Video berdurasi 1 minit 50 saat itu menampilkan 5 orang wanita dalam lingkungan 40-an berpakaian fesyen terkini anak muda dengan melodi lagu yang pernah ditarikan hos Neelofa dalam Anugerah Meletop Era baru-baru ini.

Melodi lagu masih dikekalkan dengan lagu asal namun lirik ditukar dengan mesej mengajak pendengar mengerjakan ibadah solat sunat tarawih setiap malam. Turut diingatkan supaya menahan nafsu selama sebulan menjalani bulan ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia itu.

Apa yang mencuit hati adalah pemilihan lirik bersesuaian dengan bunyi seakan lirik lagu asal namun masih tidak menjejaskan mesej positif disampaikan. Turut mendapat perhatian adalah tarian lincah wanita dalam kategori ibu-ibu berkenaan walaupun mengenakan pakaian menutup aurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *